Nov 16, 2009

Perkongsian

Bismillah

Allah Ta'ala berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 103

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya

Insya Allah di sini suka ana mengingatkan diri sendiri dan antum semua mengenai kasih sayang sesama muslim...dalam ayat ini Allah telah menyebut bahawa berpegang teguhlah kamu pada tali (agama) Allah dan janganlah berpecah belah..Bukanlah dari sifat orang mukmin tidak bersatu dan mementingkan diri sendiri kerana yang demikian juga adalah antara punca umat islam kini semakin mundur, sedangkan Islam itu sudah sememangnya gah di mata dunia sejak kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin lagi..Oleh yang demikian marilah sama-sama kita berukhuwwah dan berkasih sayang kerana Allah dalam menjalankan amanah Allah di muka bumi. Hadith ke-13 daripada Hadith Sahih menyebut :

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَ نْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Wallahua'lam~

No comments: