Nov 19, 2009

Bermulalah cabaran

Bismillah..

Hari ini bermulalah cabaran untuk diri ana..iaitu..memanfaatkan cuti sem kali ini. Perlukan senarai untuk aktiviti yang berfaedah untuk mengelakkan diri dari aktiviti pembuangan masa.

Hari ini ana sempat mencuci kereta yang sokmo digunakan. Alhamdulillah berkilat gak. Ana sempat gak membedah buku di mini library dlm rumah dan library negeri. Terasa hati ini diisikan dengan ilmu-ilmu Tuhan Yang Maha Luas..

Ana tetiba teringat ayat yang telah dikongsikan oleh seorang Pck dlm suatu majlis yang ana dihadiri...

surah Ali-Imraan ayat 104

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

[104] Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Ayat ini sangat menekankan bahawa haruslah antara golongan2 yang menyampaikan dakwah (wadah2 islam) menyeru kepada yang maaruf dan mencegah yang mungkar untuk menjadi org yang berjaya hidupnya.

Sehubungan dgn itu, ana sebagai pendakwah (dan antum juga) harus memahami bahawa tugas kita semua bukanlah ringan tetapi besar dan berat..tiada masa untuk kita bergoyang kaki, berehat2 atau bersantai2..kerana di luar sana masih ramai lagi yang mancari2 Islam yang sebenar dan peranan menyampaikan itu adalah terletak di tgn kita para daie sekalian.

Alhamdulillah ana bersyukur kerana Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya yang tidak berbelah bahagi terhadap hamba2Nya..tetapi masih lagi manusia itu lupa untuk bersyukur..

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

[18] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

[Ar-Rahman ayat 18]

Sedikit pencerahan untuk diri ana dan juga diri antum...
Astaghfirullahal'azim...

Wallahua'lam..

No comments: