Dec 12, 2008

Salam Aidil Adha~

Adik - adik, sepupu-sepupu yang kiut miut belaka. Smile when u on camera!!

Salam. Alhamdulillah masih dikurniakan nafas (nikmat paling besar) untuk terus hidup di muka bumi Allah ini. Kami sekeluarga berkesempatan untuk merayakan Hari Raya Aidil Adha di kampung tercinta di Melaka. Saya sendiri juga berpeluang puasa sunat Hari Arafah pada 9 Zulhijjah 1429H yang lalu. Hari pertama raya haji, saya sempat menunaikan Solat Sunat Aidil Adha walaupun cuaca hujan. Namun sedikit kecewa kerana tak berkesempatan melihat lembu dikorbankan. Sunat tau! Tapi tak mengapa. 3 adik-beradik Abah pulang ke kampung halaman. Ukhuwah bertaut kembali setelah sekian lama tak berjumpa. Alhamdulillah. Famili Achik(adik mak ngah) pun ada buat majlis kesyukuran sempena pindah rumah baru. Tangan dihulur meringankan sedikit beban. Kami berada di Melaka untuk 2 hari. Sebelum pulang ke rumah, kami sempat menziarahi nek yang di rumahnya. Nek yang kuat ingatan. Masih ingat nama adik2 ku dan yang penting nama ku..hehe..She almost 100 years old u noe.. Alhamdulillah Allah beri ingatan yang kuat kepada Nek Yang. Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki kita semua. Insya Allah Bi iznillah..

1 comment:

srikandi said...

heheh..bestnya dapat balik kg..nnt dah balik ktan kena bz lg..better mun rest puas2.