Oct 2, 2011
The Big Day
Bismillah.
Alhamdulillah finally..
Dalam nak melangkah ke maratib amal ke-2 ini banyak sangat persediaan perlu dibuat. Persediaan rohani yg menjadi asas utama. Alhamdulillah tarbiyyah Allah sentiasa mengajar diri ini menjadi hambaNYA yg lebih bersyukur setiap saat dan ketika. Anugerah Allah yang paling besar..iman ku islam ku. Allahu akhbar!
Wahai Allah, mohon Engkau pandu hati ini agar sentiasa thabat di atas jalan mengajak diri dan manusia lain ke arah kebaikan sehingga mendapat ganjaran tertinggi..JANNAH-Mu InsyaAllah.
Buat usrati ahibbak..Ummi (HMT) wa Abi (SO) wa ikhwani(ARS+SS+MAS+IS) wa akhawati(AS+FS), Jazakumullahu kahyran katheera wa lakum wa lana insyaAllahul jannah! Support dari antum adalah yang terbaik dan tiada tandingannya..
Tidak dilupakan ikhwah dan akhawat Petaling yang mengenali diri ini, mohon maaf segala kesilapan diri sepanjang kita dalam satu tanzim semasa di UiTMSA..Ana masih belajar membaiki diri, dan dengan tunjuk ajar antum juga Alhamdulillah ana sampai ke tahap ini. Moga Allah kuatkan ikatan hati kita semua agar terus bersatu memikul beban dakwahNYA hingga bertemu fil Jannah! InsyaAllah.
Sahabat-sahabat sepanjang zaman persekolahan :
Sekolah Islam Al-Amin Bangi
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah
Terima kasih atas doa dan ingatan kalian. Moga kalian berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat InsyaAllah!
Muallimin wal muallimat, Guru-guru di kedua2 buah institusi... Jazakumullahukhayran katheera, Jutaan Terima Kasih tak terhingga..Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian mendidik diri ini. Special dedication to : Cekgu Zalina bt Darus (Cikgu+Ibu+Rakan yang sgt sporting!) Barakallahufik cekgu :)
Memori yang indah di kedua2 institusi pengajian tinggi:
Universiti Teknologi MARA Kelantan (Machang a.k.a Machangster)
Universiti Teknologi MARA Malaysia (Shah Alam a.k.a Kampus Induk)
Di sinilah sekolah kehidupan mula-mula ku kenali...Pusat Islam, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), Persatuan Dalaman..banyak mendidik diri ini..Alhamdulillah thummal hamdulillah..
Moga anak-anak ku nanti bisa pergi jauh lebih hebat!! InsyaAllah. Amin Ya Rabb.
Last but not least,
Mohon pada pembaca sekalian mendoakan yang terbaik untuk diri ku dan bakal teman hidup ku hingga ke Jannah (InsyaAllah) agar diberi kekuatan yang luar biasa dlm membina kehidupan berumahtangga..Rumahtangga yang sakeenah mawaddah wa rohmah :) InsyaAllah!
Langkah baru bermula~
Moga sentiasa beroleh taufeeq dan inayah dari Allah!!
Wallahua'lam.
47:7MS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam...
cekgu sentiasa mendoakan yang terbaik buat Mune dan suami tersayang. Kehidupan berumahtangga tentunya akan melalui cabaran yang lebih hebat. Namun kini mun telah ada teman hidup dan mati yang akan mun gantungkan segala kehidupan mun. Ikatan perkahwinan itu adalah satu ibadah yang tidak ada nokhtahnya selagi kita bergelar isteri. berbanding amalan2 lain seperti solat akan akan tamat ibadah itu bila kita tamat solat. Begitu juga puasa akan berakhir pahala puasa bila kita tamat berpuasa. Tetapi ibadah perkahwinan tidak akan tamat selagi kita bergelar isteri. Sebab itulah Allah begitu membenci perceraian.
Cekgu pasti mun lebih arif tentang hal ini. Ilmu mun jauh lebih tinggi. Cikgu hanya mengingatkan diri cikgu yang kadang-kadang terasa penat.
Cekgu sentiasa sayang mun forever!...terlalu banyak kenangan pahit manis yang kita lalui bersama-sama dan tak mungkin akan dapat cekgu lupakan.
Wassalam.
huhu...
Pastinya perasaan terharu sangat terasa kerana murid yang sangat cekgu sayangi telah berpunya.
SELAMAT MENENPUH GERBANG BARU KEHIDUPAN!
Terima kasih atas segalanya.
Post a Comment