Jul 13, 2010

Masa - As-Sa'ah

Bismillah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Demi Masa
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan pada kebenaran, jua berpesan pada kesabaran


(Suratul Asr: ayat 1-3)

Manusia semuanya diberi masa 24 jam, tetapi mengapakah sering terdengar keluhan bahawa masa tidak cukup, masa pendek sangat, masa itu...masa ini...
Hakikatnya manusia sendiri yang telah membazirkan masanya sendiri sehinggakan tidak menyedarinya. Astaghfirullah.Mohonlah selalu pada Allah agar memberi kecukupan masa untuk mencari bekalan sepanjang perjalanan ini...

Allah s.w.t berfirman:
Berbekallah, sesungguhnya sebaik2 bekalan adalah taqwa.

Sebagai insan yang sentiasa mencari keredhaan Allah, telah banyak halangan2 yang harus dilalui demi menegakkan kebenaran. Sesungguhnya diri ini harus memahami dan menyedari bahawa segala rintangan dan halangan itu adalah dari Allah sebagai menguji keimanan diri dan ketaatan padanya.

Allah berpesan lagi dlm kitab yang mulia Al-Quran:
Tidak dibebani seseorang itu melainkan kesanggupannya utk melaluinya..


Wahai jiwa-jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yg redha dan diredhai-Nya..



Walahua'lam~



[Ad-Dzaariyat:55]Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.JADILAH KITA MUKMIN YANG MEMBERI PERINGATAN DAN MENERIMA PERINGATAN DARI SAUDARA MUKMIN YANG LAIN. ALLAHUMMA AMIN YA RABB.

2 comments:

fikaisa said...

salam,

Semoga masa-masa yang kita lalui akan sentiasa mendapat keberkatan Allah.

Mighty MS said...

Allahumma amin.