Dec 20, 2009

Yusof Qaradhawi di Masjid Negeri Shah Alam

Salam alayk..
Alhamdulillah dapat menyertai solat berjemaah di masjid negeri bersama YQ (Yusuf Qaradhawi).

Disebabkan tidak membawa sebarang alat tulis maka handset ku digunakan untuk menaip isi2 penting penyampaian dari YQ.

Sebagai muqaddimahnya, YQ merafa'kan kesyukurannya kehadrat Allah kerana masih berpeluang untuk menziarahi bumi Malaysia yang bertuah ini. Alhamdulillah. Beliau mengimbas kembali suatu ketika dahulu beliau pernah dijemput oleh Presiden UMNO untuk dtg ke Malaysia bagi menyelesaikan krisis yang berlaku melibatkan UMNO dan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI)..

YQ telah menyatakan bhw tajuk pada kali ini adalah berkenaan hijrah Baginda Rasulullah s.a.w.

(Penulis)walaubagaimanapun sempat menaip secara poin2 sahaja :

^_^ Barangsiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti menolongnya pula.


^_^ Allah memberi bantuan perajurit2 yang tak dapat dilihat oleh manusia.


^_^ Hijrah itu satu kemenangan.


^_^ 13 tahun umat islam di kota mekah menjalani kehidupan yang penuh penderitaan.


^_^ Sumayyah ummu ammar bin yasser merupakan syahidah yang pertama.


^_^ Kesabaran Rasulullah adalah kemenangan.


^_^ Rasulullah telah meletakkan sesuatu pada tempatnya (berlaku adil).


^_^ Baginda telah memilih orang yang tepat semasa hijrahnya iaitu abu bakar, ali abi talib, abdullah bn uraiqit dan asma' abu bakar.


^_^ Rasul berkata kepada Abu Bakar (semasa di dalam gua) :La tahzan innallaha ma'ana


^_^ Allah telah menjadikan dasar kaum kuffar itu merudum jatuh ke bawah, manakala kalimat Allah itu diangkat pada peringkat yang paling tinggi.


^_^ Hijrah merupakan asas kemenangan kpd umat islam.


^_^ Islam menegaskan bahawa Islam merupakan agama yang mempunyai semangat berjemaah bukannya individualistik.


^_^ Baginda menemui ciri2 semangat berjemaah pada suku kaum aus dan khazraj .


^_^ Oleh itu, baginda memilih tempat madinah sebagai tempat untuk membangunkan Islam.


^_^ Baginda telah mengasaskan masyarakat Islam di madinah dgn asas iman dan islam.


^_^ Berpegang teguh pada aqidah islamiyyah.


^_^ Ayat2 yg turun di madinah dimulakan dgn wahai org2 yang beriman tetapi tidak digunakan pula di mekah.


^_^ Masy. yang dibina di madinah adlh masy. yg Rabbani


^_^ Baginda telah membina masjid yg pertama d madinah. masjid dijadikan sebagai tempat pertemuan, pendidikan, persidangan dan sebagainya.


^_^ Kemudian baginda telah membangunkan pasar yang sangat besar dan mempunyai bhgn2.


^_^ Baginda telah membina persaudaraan ansar dan muhajirin.


^_^ Abdul rahman bin Auf dari Kaum muhajirin telah menawarkan hartanya dan isterinya kepada sahabat dari kaum ansar.


^_^ 3 perkara asas yg telah dilakukan oleh baginda rasul ialah membina masjid, membina pasar dan membina persaudaraan muhajirin dan ansar.


^_^ Masyarakat madinah dibina atas dasat taqwa.


^_^ Masyarakat madinah juga yg mengamalkan nilai2 kesamarataan.


^_^ Jika cepat melakukan kesalahan, maka cepat2 bertaubat memohon keampunan dari Allah s.w.t.

Secara rumusannya (rumusan penulis), hijrah merupakan suatu kuasa merubah yang harus dilaksanakan oleh setiap manusia. Oleh itu, marilah sama-sama kita memperbaiki diri agar menjadi hamba Allah yang lebih cemerlang dari sekarang..

Wallahua'lam..

P/S : Sempat berkenalan dengan ukhti dari Yemen namanya Ashwal.. :) Ahlan Wasahlan~

2 comments:

Nur Sabrina said...

salam ya ukhti,seronoknya dapat g..dia bg ceramah dlm bhsa arab ke?

Khalifah Allah said...

naam huwa tatakallam bil lughotul arabiyyah watakuun at-tarjim (penterjemah)...