Dec 16, 2009

tuntut ilmu

Salam alayk~

Lama sungguh rasenya jari ini tidak menaip sesuatu di laman ini. Entah bagaimana terasa ingin mencoret sesuatu pula. Tadi dalam perjalanan pulang, berbual-bual dengan abi. Topiknya mengenai menuntut ilmu. Ana ada terbaca dalam laman ili mengenai kisah imam al-ghazali dengan perompak. Diringkaskan kisah, ilmu haruslah disimpan didalam dada bukan sahaja setakat di dalam lembaran-lembaran atau buku nota kerana jika hanya disimpan di dalam helaian-helaian nota, maka jika dicuri atau dirompak nota2 tersebut ibaratnya hilanglah segala ilmu2 yang telah dicatit (peringatan buat diri sendiri). abi ada berkongsi..ilmu itu ibarat butir-butir mutiara..jika kita simpan sahaja mutiara itu tiada indahnya..tetapi jika kita susun elok-elok dan menjadikannya kalung seterusnya kita pakai kalung mutiara yang indah itu adalah lebih baik daripada hanya menyimpan sehingga banyak..Apa yang dimaksudkan di sini ialah mempelajari sesuatu kemudian mengamalkannya bukan setakat mempelajari kemudian untuk menyampaikan kepada orang lain (peringatan buat diri sendiri)..yang paling penting mengamalkan ilmu tersebut kemudian barulah disampaikan kepada orang lain...

wallahua'lam :: getbusy ALLAHiswatching ::

No comments: