Nov 7, 2009

Kerja SEPULUH

Salam alayk,

Mengajak kepada kebaikan adalah mengajak orang kepada kebenaran.
Apabila seseorang itu telah mendapat kebenaran dan ilmu, ia perlu menyampaikan.
Terdapat sepuluh macam kerja menyampaikan..

Pertama- Dakwah lisani

Apabila kita menyeru kepada kebenaran secara lisan seperti yang diarah oleh Allah dengan kata 'Qul'.

Kedua- Dakwah amali

Iaitu mengajak dalam bentuk perbuatan. Seperti mana arahan pada ayat 4 Surah Al-Muddatsir: "dan pada pakaianmu bersihkanlah, iaitu agar yang lain turut sama menjadikan kebersihan itu satu kepentingan,"

Ketiga- Dakwah mustaqim

Iaitu mengajak secara langsung seperti perintah Allah dalam mendirikan solat dalam ayat 83 Surah Al-Baqarah: "sampaikanlah secara langsung kepada orang-orang dirikanlah solat..."

Keempat- Dakwah ghairu

Mengajak secara tidak langsung.
Misalnya dalam kisah Nabi Yusuf dan abang-abangnya.

Kelima- Dakwah jam'ie

Mengajak secara umum.
Surah Maryam ayat 51: "..dan ia Musa adalah seorang rasul dan Nabi, yakni para nabi diperintahkan untuk menyeru orang kepada kebaikan."

Keenam- Dakwah khususi

Kita mensasarkan seseorang dan mengajak beliau secara khusus.
Surah Maryam ayat 55: " Dan ia menyuruh 'ahli'nya melaksanakan solat".
Boleh dilakukan dengan mengajak sasaran kepada kebenaran sejarah atau kebenaran keimanan dengan memahami sirah Rasulullah yang sejati.

Ketujuh
- Dakwah kepada Isteri dan Anak-anak

Suah Al-Ahzab: " Katakanlah kepada isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu".

Kelapan- Dakwah kepada Kaum kerabat atau saudara mara terdekat

Surah As-Syu'ara ayat 214 : " Dan berikanlah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat".

Kesembilan- Dakwah kepada orang yang tinggal berdekatan/ahli kampung/daerah

Bersandarkan kepada firman Allah dalam surah Al-An'am ayat 92: " agar kamu memberi peringatan kepada penduduk Ummul Qura (Mekah)dan orang-orang yang di luar lingkungannya".

Kesepuluh- Dakwah kepada sekalian umat manusia

Sepertimana kerja Nabi yang terkandung dalam surah Al-A'raf ayat 158: "..aku adalah utusan Allah kepadamu semua..."


Kerja sepuluh ini pasti penuh dengan dugaan dan mara bahaya. Kerana tiada kerja dakwah yang tidak mendapat bantahan dan perlawanan..

Antara perlawanan tersebut ialah apabila munculnya kumpulan yang terus-menerus mendustakan kebenaran. Dikatakan yang benar itu begini, mereka menghujahkan dengan dalil begitu-sehingga mereka berasa tidak apa-apa mendustakan dan memperolokkan ayat-ayat Allah.. (seperti dalam Surah Rum ayat 10)

Wallahua'lam~

No comments: