Oct 12, 2009

Cabaran Catur Bistari di UKM



Salam alayk~

Cabaran Catur Bistari kali ini telah berlangsung pada 10 Okt 2009 (Hari Sabtu)bertempat di UKM, Bangi. Ini merupakan pertandingan peringkat IPT. Sebanyak 28 IPT dari seluruh negara telah menyertai cabaran pada kali ini.

Ini merupakan pengalaman kali pertama saya menyertai permainan di peringkat IPT. Walaupun secara jujurnya kumpulan saya bukanlah pemenang mana2 kategori tetapi saya tetap bersyukur kerana mendapat pengalaman berharga ini. Beberapa kampus cawangan UiTM telah menghantar wakil termasuklah kampus utama Shah Alam. Alhamdulillah UiTM Sarawak telah menjadi naib johan nilai aset tertinggi keseluruhan. Apa yang lebih membanggakan ialah mereka hanya menghantar satu pasukan dan mereka adalah yang telah menaikkan nama UiTM Sarawak. Tahniah ye rakan2 dari Sarawak!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai catur bistari ini silalah layari laman sawang : http://www.caturbistari.com.my/

InsyaAllah jika ada ruang dan peluang, saya akan berusaha untuk menyertai lagi permainan ini di masa akan datang. Terima kasih kepada Miss Zarith dan Miss Mashitah
sudi mengajak saya menyertai game ini.

Wassalam~

No comments: