Sep 3, 2009

Panduan Memperolehi IKHLAS

Salam alayk, pembaca2 yg dirahmati Allah sekalian, kali ini ana ingin berkongsi ngn antum panduan memperolehi ikhlas, ana telah me'refer' kpd sebuah buku mini karangan Adil Akhyar..




Antara cara2 mendatangkan keikhlasan dlm amalan seharian ialah dgn :

1. Sentiasa menghadirkan niat dlm stp amalan walaupun perkara yg remeh.

2. Cuba tanamkan dlm hati, perasaan bencikan pujian lantaran dari amalan kita.

3. Sentiasa muhasabah setiap amalan yg dilakukan sama ada benar2 krn Allah atau sebaliknya.[Jika x ikhlas, segera bertaubat dan beristighfar kpd Allah]

4. Ulama tlh menyebut 2 syarat penting dalam amalan kita diterima Allah ; Pertama: Ibadah yang betul bertepatan dgn kehendak syariat dan Kedua: Benar2 ikhlas kerana Allah

5. Biasakan diri melakukan ibadah secara bersendirian dan jauh drpd pandangan umum serta tidak suka amalan kita diketahui orang.

6. Tidak tertipu dgn pujian, sentiasa beristighfar jika dipuji dan menyatakan bahawa pujian hanya layak utk Allah.

7. Tanamkan dlm diri bhw stp amalan yg dilakukan hanya mengharap keredhaan Allah semata2.

8. Antara tanda2 keikhlasan adalah sifat sabar pada jalan Allah.

9. Org yg benar2 ikhlas akan merasa kenikmatan beribadah.

10. Menjauhi diri drpd berbangga dgn amalan yg dilakukan di samping mengelakkan sikap suka meninggi diri.

11. Sentiasa berdoa pada Allah SWT agar dijauhi drpd sifat riya'.

Wallahua'lam. :]

2 comments:

+akufobia+ said...

selamat beramal dengan seikhlas hati.

srikandi said...

mcm mana nak tahu kita ikhlas ke tak dengan pertolongon yg diberi kat org len ek mun?

maybe dgn tak mengunkit ttg pertolongan tu kan?