Aug 7, 2009

Rawatan lintah geli tapi berkesan



MUNGKIN ramai yang tidak sanggup atau geli-geleman jika disuruh mendapatkan rawatan lintah.

Namun, jika sudah tidak tahan lagi menanggung kesakitan atau sudah puas berubat di sana sini, pasti perasaan geli dibuang ke tepi asalkan penyakit dapat diubati.

Nasha D’Beauty yang menggunakan ‘khidmat’ lintah kerbau bagi mengubati pelbagai jenis penyakit mempunyai ramai pelanggan yang telah pulih daripada penyakit mereka.

Di antara jenis penyakit yang pernah diubatinya menggunakan lintah ialah kencing manis yang telah bernanah, sakit kepala, migrain, gout, darah beku yang tidak keluar, darah tinggi, kanser, resdung, sakit sendi dan sebagainya.

Menurutnya, rawatan tradisional menggunakan lintah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelanggannya yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan India. Rawatan juga boleh dilakukan di rumah pelanggan jika mereka tidak berkemampuan keluar rumah.

Setiap kali rawatan, sebanyak empat atau lima ekor lintah digunakan bergantung kepada tahap penyakit seseorang. Lintah akan dilepaskan pada bahagian yang hendak dirawat. Ia seterusnya akan mencari-cari bahagian yang berdarah kotor dan apabila telah menjumpainya, lintah akan terus diam dan menyedut darah.

Lintah tersebut akan mengeluarkan sejenis lendir yang berguna bagi mencairkan darah beku.

Lintah tidak akan menggigit atau menyedut darah jika bahagian tersebut tidak berdarah kotor. Setiap rawatan mengambil masa selama satu jam dan lintah baru akan digunakan. Pesakit akan berasa seperti gigitan semut semasa lintah menjalankan ‘tugasnya’.

2 comments:

Unknown said...

masa awalawal je sakit sangatsangat.time mulamula dia main gigitgigit tu.lepas tu da ok.tidur pun boleh.haha.

Khalifah Allah said...

saya bercadang nk wat rawatan ini.