Aug 13, 2009

Infaq fii Sabil

Salam alayk..diskusi kali ini mengetengahkan mengenai infaq. Dalam maksud lain, topik yg dibincangkan adalah berkenaan sadaqah. Terdapat perbezaan antara sadaqah dgn sadaqah jariah.

Marilah sama2 kita merujuk ayat 261-274 surah Al-Baqarah mengenai tajuk sadaqah ini.
Jika di'recall', apekah 3 amalan yang akan manusia bw setelah pergi meninggalkan dunia yang fana ini..

1. Sadaqah jariah
2. Doa anak yang soleh
3. Ilmu yg bermanfaat bg org.lain

Baiklah di sini terdapat perbezaan antara Sadaqah dan Sadaqah Jariah.

Sadaqah : Adalah pemberiaan yang hnya akan memberi manfaat pada tempoh yang tidak kekal/lama

E.g Sadaqah meja,kerusi kepada org yg kurang mampu..lambat laun peralatan tersebut tetap akan rosak.

Sadaqah Jariah : Pemberiaan yang memberi faedah/manfaat bg jangka masa yang panjang/kekal.

E.g Sadaqah tanah untuk pembangunan masjid, tanah adalah sesuatu yang long-term, takkan rosak atau hilang melainkan berlaku hari kiamat.

Merujuk kepada surah Saba' ayat 39 :

Allah berfirman :

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

[39] Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya; dan apa sahaja yang kamu infakkan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".

Wallahua'lam

4 comments:

+akufobia+ said...

sedekah je dulu.biar DIA yang tentukan tu sedekah jenis apa.DIA lebih mengetahui?

+akufobia+ said...

asal niat baik+ikhlas.

LIM said...

salam. pertanyaan.
maka sekiranya seseorang mampu, sadaqah mana yang patut diutamakan?

ana muslimah said...

salam..syukran ya ukhti 4 sharing..syaftu thani..