Aug 17, 2009

Dauroh Fiqh, Ihya' Ramadhan & Al-Quds Harmony 2009

Alhamdulillah dapat join Dauroh Fiqh, Ihya' Ramadhan & Al-Quds Harmony 2009 pada 15-16 ogos baru-baru ini. Majlis ilmu yang tersangatlah bermanfaat buat insan-insan yang dahagakan ilmu.

SLOT I : Rememberance of Al-Quds (ROQ)

Tarikh 21 ogos merupakan tarikh penting bagi umat islam sedunia bagi memperingati pencerobohan israel ke atas masjidil aqsa di Palestin.

Marilah sama-sama kita doakan agar umat islam di Palestin, para mujahidin diberi kekuatan oleh Allah s.w.t dlm perjuangan membebaskan Al-Aqsa yang mulia. Sesungguhnya Doa Senjata Mukmin.

SLOT II : Fiqh Toharoh (Bab At-Toharoh)

Toharoh bermakna Bersuci

Bersih dan suci adalah dua perkara yg berbeza

Terdapat 4 jenis air yg digunakan utk bersuci:
1.Air mutlak
2.Air musta'mal
3.Air mushammas
4.Air mutanajjis

3 jenis najis :
1.Mukhoffafah
2.Mutawassitoh
3.Mughollazah

SLOT III : Fiqh Solat (Bab As-solat)

Mari lihat surah Maryam ayat 55

Allah Ta'ala berfirman :

وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُ بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ وَكَانَ عِندَ رَبِّهِ مَرْضِيّاً


[55] Dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya

3 istilah yg digunakan dlm mendirikan solat :
1.Adaa-an (Tunai)
2.Qodo-an (Ganti)
3.I'aada-tan (Ulang)

Kenapa Rasulullah s.a.w anjurkan berwudhu' sebelum tidur?

Kerana...hati(qalbun) manusia ada hadas (sama ada kecil atau besar)

SLOT IV : Fiqh Puasa (Bab As-Siaam) & Ihya' Ramadhan

Allah telah menentukan bahawa bulan2 sebelum Ramadhan yakni Rejab dan Sya'aban adalah masa untuk melatih diri dan bersedia menghadapi Ramadhan.

Mari kita lihat Surah Al-Baqarah : ayat 183

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

[183] Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa

Target ana dan antum : Untuk Khatam Al-Quran

Malam lailatul qadr : di sepuluh (10) malam terakhir..

Di dalam bulan Ramadhan ini Imbangi pembaziran dengan mempraktikkan kesederhanaan.



P/s : Telah dituqaskan oleh naqibah utk elaborate Slot II dlm liqo' akan datang.. Doakan ana.Jzkk.

1 comment:

Unknown said...

ada modal nak dielolabrate.