Aug 3, 2009

3 Kaedah Mencari Indeks al-Quran

26 JANUARY 2009 BY AL-MUNTALAQ

Untuk mendekatkan diri dengan Allah, kita perlu rapat dengan kalam-Nya. Itulah al-Quran. Namun bukan semua orang ada hati yang hidup untuk terus mengambil pengajaran dari al-Quran. Ada yang perlukan tunjuk ajar. Ini dikomen oleh Ibn Qoiyim dalam tafsir ayat Qaf 50:37 di mana Allah berfirman:

Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadaNya.

Menurut Ibn Qoiyim dalam al-Fawaid , Allah menggunakan perkataan ‘au’ (atau) dalam ayat di atas kerana al-Quran tetap mampu memberi manfaat kalau seseorang itu mempunyai salah satu syarat ini:

Hati yang sihat atau
Memberi tumpuan dengan telinganya pada apa yang dibaca dan disampaikan (menerusi ceramah, program dsb)
Allah tidak meletakkan perkataan ‘wau’ (dan) kerana di sini ada peluang kepada individu yang hati tidak sihat untuk mendapat ubat al-Quran lantas kembali sembuh. Caranya: mendengar kembali ayat al-Quran, pengajian atau halaqah berkenaan dengannya yang dibawa oleh hati yang sejahtera.

Atas dasar itu, untuk memberi lebih perhatian kepada al-Quran dalam kehidupan seharian atau ketika menyampaikan ilmu dalam halaqah atau usrah, berikut dikongsikan 2 tips untuk mencari isi kandungan al-Quran menggunakan indeks.

Menggunakan indeks al-Quran – anda boleh mendapatkan mushaf al-Quran yang mempunyai indeks di belakangnya atau boleh dapatkan Mu’jam li Alfaaz al-Quran. Sedikit asas bahasa Arab diperlukan. Namun ia mudah digunakan dan anda mampu mencari pelbagai perkara dalam al-Quran seperti menggunakan kamus. Soalan-soalan bergini dapat dijawab dengan lebih pantas: Berapa kali Allah menggunakan perkataan ’saadah’ dalam al-Quran? Berapa kali Allah menggunakan ‘Ya ayyuhan nabiy’ dan apa jua soalan tentang al-Quran serta kedudukannya dalam mushaf.

Menggunakan indeks al-Quran versi internet – tidak semestinya tahu ejaan perkataan yang ingin dicari. Kalau anda pernah dengar ‘ya ayyuhan nabiy’ lantas ditaip rumi, anda akan dapat jawapannya. Sila lawat http://www.islamicity.com/ps/default.asp?inc=Phoneticsearch.asp

Semoga kita tergolong di kalangan orang yang mempunyai hati yang hidup atau paling tidak memberi perhatian kepada mana-mana kelas atau pengajian al-Quran.

1 comment:

Unknown said...

sekarang?hmm.lebih dimudahkan dengan teknologi.tinggal nak tak nak je.