Jul 21, 2009

Forum Perdana : Fungsi Masjid & Kaedah Pengimarahan Masjid

Baru-baru ini saya telah menghadiri Forum Perdana. Panel2 hebat2 belaka.
Saya kagum dgn mereka..termasuklah moderator bekas imam masjid negeri.
Tajuk forum kali ini adalah Peranan Institusi Masjid. Untuk pengetahuan semua Forum ini merupakan acara kemuncak Program Karnival Masjid di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan.



Al-Mukaddimah

Merujuk kepada Surah Al-Isra' ayat 1..

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Di sini Allah telah meletakkan masjid ini sebagai tempat yang mulia...di mana Rasulullah telah dijalankan oleh Allah Ta'ala dari Masjidil Haraam hingga Masjidil Aqsa...dan dalam peristiwa israk mikraj ini jugalah Nabi Muhammad S.a.w telah menerima wahyu solat 5 waktu.

Masjid adalah:-

1. Rumah Allah
2. Tempat solat
3. Tempat orang yang tawaddhu' berkumpul
4. Tempat yang berkat lagi memberkati

Al-Qarni dalam kitabnya La Tahzan ada menyebut..Jika hendak mencari sahabat carilah sahabat yang Ahli masjid.

Selain itu MASJID..adalah Tempat Syura, Tempat Orang2 yang Hebat, Tempat Membina Jiwa.

Pernah suatu ketika..Saidina Umar r.a. handak mencari Panglima Perang maka beliau telah mencarinya di Masjid..Maka ditemuinya seorang pemuda yang sedang solat pada waktu yang bukan solat fardhu..mungkin solat sunat..Pemuda itu adalah.. Nu'man bin Mukarrim...

Syeikh Nasir Al-Ulwan pula ada menyatakan bahawa manusia ini perlu kepada 3 institusi iaitu :

1. Institusi Kekeluargaan [utk membina Fizikal dan mendapatkan kasih syg]
2. Institusi Masjid [ utk mendidik rohani dan spiritual ]
3. Institusi Sekolah [ utk mendapatkan maklumat ]

..:: akan bersambung ::..

1 comment:

Unknown said...

jom meriahkan masjid.