Jul 28, 2009

Antara global dan lokal

Dipetik dari : http://www.amalanberjaya.info/ (mesti ziarah!!)

Antara global dan lokal

Sudah habis membaca 7 Prinsip Amalan Berjaya? Secara
ringkas, 7 Prinsip tersebut dapat dilatih dengan
melaksanakan perkara berikut:

Untuk lelaki – Solat + berjemaah
Untuk wanita – Solat + menjaga hijab

Apakah signifikan atau kepentingan solat ? Solat akan
menjadikan seseorang membina keprihatinan global – sehingga
mencecah alam akhirat.

Apakah signifikan atau kepentingan berjemaah atau menjaga
hijab? Ia akan membina kemampuan untuk bertindak di
peringkat lokal. Kalau lelaki tidak mampu menguruskan
masjid atau komunitinya sebagai bukti ketauhidan, agak
sukar untuk membuat perubahan di peringkat dunia. Kalau
wanita tidak mampu memanifestasikan ketauhidan dengan
menjaga hijab, agak sukar ‘concern’ globalnya itu mampu
membuat perubahan.

Orang lelaki menjaga komuniti. Wanita menjaga elemen rumah
sebagai salah satu komponen komuniti atau masyarakat.

Kalau anda single, si lelaki boleh belajar dari sekarang
untuk membina komuniti selepas berkeluarga nanti – seperti
belajar ilmu sosial dan berinteraksi dengan masyarakat. Si
lelaki kena dalami ilmu politik dan ekonomi juga.

Manakala kalau anda ialah wanita single sekarang, sila
siapkan diri dengan ilmu menjaga makanan serta tubuh badan,
nilai intelek, emosi dan spiritual untuk keluarga anda yang
akan dibina.

Tanpa persediaan itu semua, ia akan menyebabkan kita
berdegar-degar ingin membuat perubahan dalam masyarakat,
namun ia tidak realistik kerana di peringkat diri dan
lokal, diri kita masih tidak mampu membina kejayaan.

Think globally, act locally

1 comment:

+akufobia+ said...

jom persiapkan diri.