Jun 1, 2009

Saya berminat. Nasihati saya..rakan2 bloggers sekalian

Diploma Tahfiz Al-Quran

Darul Quran beriltizam untuk melahirkan para huffaz dan du'at yang berkemahiran dalam bidang Al-Quran, berwibawa dab berketerampilan melalui program diploma Tahfiz Al-Quran dalam kerangka membina ummah yang berkualiti.

Sistem Pengajian

Pengajian Program Diploma Tahfiz Al-Quran dijalankan mengikut sistem semester iaitu selama 6 semester (3 tahun). Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan melalui tiga komponen kursus iaitu:

1. Kursus teras Darul Quran
- Kursus ini wajib diikuti oleh setiap pelajar bagi memenuhi keperluan
pengajian Darul Quran.

2. Kursus Umum Pengajian Islam
- Kursus ini wajib ke atas semua pelajar dan dikehendaki lulus untuk layak
menerima Diploma.

3. Kursus Syukbah
- Kursus ini ditetapkan oleh Darul Quran. Pelajar dikehendaki mencapai
tahap kemahiran yang cukup dalam kursus yang ditawarkan. Buat masa
ini tiga syukbah ditawarkan iaitu:
a) Syukbah Qiraat
b) Syukbah Dakwah
c) Syukbah Syariah

Semua program, peraturan dan pengurusan akademik yang dijalankan di Darul Quran adalah dilaksanakan berdasarkan keputusan Lembaga Darul Quran yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Yuran Pengajian dan Biasiswa

Yuran pengajian tidak dikenakan. Biasiswa akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran yang memerlukan.

Prospek

Pemegang Diploma Tahfiz Al-Quran, Darul Quran layak memasuki perkhidmatan awam atau swasta sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam, pendidik atau pendakwah atau imam atau lain-lain bidang yang memerlukan tahap profesionalisme, wibawa serta personaliti diri yang tinggi.

Pengiktirafan

Diploma Tahfiz Al-Quran diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan universiti dalam dan luar Negara, khususnya di Timur Tengah. Graduan daripada Darul Quran berpeluang mengikuti program Ijazah Pertama di pusat-pusat pengajian tinggi antaranya:

• Maahad Qiraat, Al-Azhar Al-Syariff
• Universiti Malaya
• Universiti Kebangsaan Malaysia
• Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
• Kolej Universiti Islam Malaysia
• Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kassim, Pekan Baru, Riau, Sumatera
Indonesia

Kelayakan Masuk

Kelayakan asas untuk mengikuti program Diploma adalah seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Belum berkahwin
c) Berumur tidak melebihi 21 tahun
d) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam:
i) Bahasa Melayu
ii) Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah atau Pendidikan Syariah
iii) Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Komunikas
iv) Lulus Bahasa Inggeris
atau
v) Lulus temuduga

5 comments:

muqay said...

Salam Mun,

Nak masuk DQ ker? Adakah Anda amat berminat menghafal al-Quran?

Berani ustaz katakan jika Mun menghafal al-Quran kita akan menjadi seorang yg lain dr yg lain.

Jadi ustaz rasakan Mun boleh mencari sesuatu yg baru di DQ. Seronok ttp pemikiran mereka agak tertutup.

Jadi mun boleh teruskan niat itu. Seronok jika bergelar hafiz dan hafizah. Lain dari yg lain.

Mighty MS said...

Jzkk ya usz..

Saya hargai ur moral support..

NuRdiYaNa ALaiSya said...

salam dik..
nk masuk DQ ke?
akk sokong...mun leh buat..
tafddal ya ukhti..

Mighty MS said...

syukran kak gy..i need a lot of support..n advice..of coz

muqay said...

Mun,

Lepas masuk DQ, mun bleh buat degree dlm apa yg mun boleh sambung. Peluang lagi terbuka.

Jika nak jadi ahli fikir aka ahli falsafah mmg sesuai sgt sekiranya mun dpt hafal al0quran.