Jun 17, 2009

Pengalaman Mendewasakan Diri Ku


Salamun alayk.


Alhamdulillah. Syukur. Bahawasanya Allah telah mengurniakan terlalu banyak nikmat buat diri ini. Dan yang paling besar sekali adalah nikmat iman dan islam yang aku kecapi sehinggalah di saat ini. Aku bersyukur.

Sepanjang cuti semester ini, telah banyak pengalaman yang aku dapatkan. Walaupun aku tidak bekerja dengan mana - mana agensi atau syarikat, namun menjadi seorang freelance juga merupakan satu kejayaan buat diri ini. Kadang aku bertindak sebagai jurufoto, kadang aku bertugas sebagai fasilitator, penganjur program, kadang aku bekerja bertugas sebagai assistant officer, mungkin juga driver kepada adik - adik dan pelbagai lagi. Alhamdulillah. Sekali - sekala aku mungkin merungut, tapi hati ini sebenarnya terlalu ingin menyumbang sesuatu untuk keluarga ini. Alhamdulillah.

Aku berdoa agar pengalaman yang aku dapat ini bisa mendewasakan diri ini menjadi manusia yang lebih bersyukur di atas setiap kurniaan.

" Robbana zolamna anfusana wa illam taghfirlana watarhamna lanaakuunanna minal khosiriin.."

No comments: