Jun 8, 2009

Hanyalah peringatan untuk Diri Ku

Salamun salam.

Dalam menjalani kehidupan ini, telah banyak cabaran dan dugaan manusia harus tempuhi. Ujian kesenangan, ujian kesusahan dan pelbagai lagi. Siapa kuat dan tabah pasti terus istiqamah di jalannya, manakala siapa yang mudah mengaku kalah pasti mudah terjerumus ke lembah kemaksiatan.

Iman manusia ini ada turun naiknya. Adakalanya apabila makanan ruhinya telah mencukupi, aras keimanannya terasa sedikit meningkat. Menunaikan solat lima waktu, solat sunat, membaca Al-Quran, Zikrullah, membuat kebajikan dan 1001 lagi perkara yang bermanfaat. Kemanisan iman itu boleh dicapai sekiranya manusia berusaha ke arah itu.

Kehidupan di dunia ini tidaklah panjang. Namun manusia haruslah mengatur kehidupannya sebaik mungkin agar bekalan yang akan dibawa menghadap Tuhan Pencipta mencukupi. Manusia hidup di muka bumi adalah dengan tujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah Ta'ala.

Firman Allah Ta'ala jelas dalam Al-Quran;

" Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku"

Sebagai seorang hamba yang kerdil dan tidak mempunyai kuasa melainkan Allah yang telah memberikannya..kita seharusnya menginsafi diri terhadap kejahilan yang lalu yang pernah kita lakukan. Banyakkan bertaubat sementara pintu taubat masih terbuka..

Wallahua'lam.

2 comments:

~ Liyana89 ~ said...

Salam..sorry nk tny,,,ni k.sumayyah shamsuddin ek,,,kakak nawwal shamsuddin,,betol ke???

Mighty MS said...

Salam lyana..Em tak..saya Muneerah..a.k.a Kak Mun..knal ke?