May 27, 2009

So many things happen..

Salamun salam.

Walaupun baru beberapa hari aku merasai cuti kerana menggunakan masa untuk berprogram selama seminggu, kepantasan waktu itu seperti tidak terasa ianya telah berlalu.Pelbagai perkara telah berlaku dalam beberapa hari ini. Tapi tak perlulah aku menerangkannya satu persatu kerana biarlah ianya kekal menjadi hak privasi diri sendiri dan bukan untuk dihebahkan - hebahkan kepada semua.

Apa yang aku ingin kongsikan di sini ialah mengenai pengalaman berpesatuan. Selama 3 tahun 6 semester aku berada di UiTM Kelantan. Banyak pengalaman yang telah ditimba sepanjang menyertai beberapa persatuan secara aktif. Antara persatuan yang aku sertai :

1. Persatuan Pusat Islam @ MOIC (Members of Islamic Centre)
2. Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)

Kedua - dua persatuan di atas memainkan peranan yang berbeza tetapi perbezaan tersebut tidaklah terlampau ketara jika dinilai sebaiknya. Di sini, aku ingin menyatakan bahawa penyertaan aku dalam persatuan bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan atau kebetulan tetapi merupakan suatu perancangan yang teliti. Aku bukan menyertai seseuatu persatuan kerana disuruh oleh senior - senior dalam persatuan tersebut tetapi ianya merupakan satu inspirasi yang aku ambil dari orang yang sangat penting dalam hidup aku. Mereka adalah kedua ibu bapa ku.

Apapun segala amal itu dimulakan dengan niat (hadith pertama). Apa yang kita niatkan, begitulah yang kita amalkan. Niat yang baik mendapat pahala serta merta manakala niat yang buruk mendapat dosa pula. Iman ini terkadang goyah dek pengaruh persekitaran yang kurang sihat. Iman ini turun dan naik. Kemanisan iman dicapai apabila kita merasakan iman kita meningkat daripada sebelumnya. Jika kita terasa seperti berada di tahap yang sama, maka iman kita perlu sedikit pembaikian. Aku berdoa agar Allah sentiasa menetapkan iman ku ini dan membimbing ku ke jalan yang lurus dan benar. Amiin...

No comments: