Mabrouq!! Buat semua ahli jawatankuasa penganjur sambutan maulidur rasul peringkat uitm kelantan 1430h. Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 11 mac 2009 bersamaan 14 rabiul awal 1430h. kami warga kolej merasa bangga kerana dapat sama-sama menjayakan program besar ini. Alhamdulillah.
Program dimulakan dengan majlis pembukaan di Dewan Professional. Semua hadirin sama2 berselawat dipimpin oleh kumpulan nasyid uitm "Band of Brothers" . Sajian hiburan islami membuka tirai majlis pada pagi itu.
Penyertaan mahasiswa pada program kali ini agak meberangsangkan. Walaupun masih ada yang liat + degil tak mahu turun program, audience still nampak ramai. Alhamdulillah. Yang geramnya student kat kolej tu boleh pulak berpura2 tanya "program start pukul brape ek?" nampak sangat tak nak pegi..pada program kali ini kami tak mahu menggunakan pendekatan menggempur penghuni kolej yang sedang lena dibuai mimpi indah. Abaikan kelakuan mereka semua, buang tenaga, buang masa segala2nya la..
Alhamdulillah memang bersyukur sangat kerana nampak kelicinan pada program kali ini. Paling penting pengisian dari setiap penyampai ucapan. Ustaz Affendi selaku pengarah program sambutan maulidur rasul berpesan, Saling ingat-mengingatilah antara satu sama lain kerana sesungguhnya peringatan itu amat bermanfaat kepada orang2 yang beriman. Tn. Haji Shukri ada berpesan, contohilah peribadi Nabi Muhammad S.aw.beliau merupakan manusia agung yang tiada tolak bandingnya. Beliaulah seorang pemimpin yang hebat, panglima tentera yang hebat, suami yang hebat, bapa yang hebat, usahawan yang hebat dan tiada langsung tandingannya dengan nabi2 yang lain. baginda merupakan khatimul anbiya yakni nabi yang penutup (terakhir). Dato' Pengarah sempat menyampaikan amanatnya : pada program kali ini dianggap berjaya kerana dapat menyatukan golongan yang tua (pendidik) dan golongan muda (mahasiswa). dapat mengeratkan ukhuwwah antara warga kampus. Ayahanda ada membaca 11 ayat pertama surah al-mu'minun. gayanya seperti mengajar kelas tajwid. namun yang penting di situ adalah isi kandungan surah yang ingin dikongsi. Antara hadis yang menarik adalah mengenai "qolbun" atau hati. sekiranya baik seketul daging itu maka baiklah seluruh jasadnya. sekiranya tidak, maka adalah sebaliknya. hadis lain, tidak beriman seseorang itu sehingga dia melakukan 3 perkara : (tak ingat sepenuhnya) dan penyampai tazkirah (Ust Md. Noor) ada berpesan mengenai sejauh mana penghayatan kita sebagai umat nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Seharusnya kita menjadikan semua sunnahnya sebagai ikutan yang terbaik. Insya Allah didoakan agar kita sentiasa berusaha dan terus berusaha untuk mengkaji seerah nabi melalui Al-quran, hadith, kitab2 imam2 terdahulu dan segal sumber yang ada agar menjadikan diri kita benar2 mencintai Rasullullah s.aw. Tak kenal maka tak cinta. Jadi marilah mengenal seterusnya mencintai Rasulullah s.a.w.
Tokoh Maulidur Rasul 1430h telah dimenangi oleh Prof. Hussin (berkhidmat hampir 23 tahun) dan Shaik Azman (pemimpin pelajar, ydp mpp). Syabas dan tahniah!
Perarakan bermula. Cuaca yang amat baik melancarkan lagi perjalanan program kali ini. Kelihatan kontijen do menjuarai keanggotaan paling ramai dengan berpakaian serba biru. Keputusan pertandingan perarakan kontijen :
Staf : 1) HEP 2)HEA
Pelajar :1) THO 2) TR
tahniah sekali lagi!
Acara bersantap bermula. hormat yang tua kasih pada yang muda. utamakan para staf dulu untuk mengambil makanan.
Program tamat seawal jam 12.30tgh hari. Diingatkan kepada semua kuliah jam2petang keatdalah berjalan seperti biasa. Gembira bukan kepalang kerana kuliah jam 4 petang dibatalkan.
Alhamdulillah. selesai sudah program hari ni. Pulang ke sarang masing2 merehatkan diri..
sekian. wassalam.
Mar 13, 2009
Program yang hebat !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment