Nov 29, 2008

Anak-anak soleh solehah

Para peserta sedang menunaikan solat zohor secara berjamaah

Salam. Alhamdulillah program Sleep Over Fun yang dianjurkan pada 27 & 28 nov telah dilangsungkan dengan jayanya. Mabrouq buat semua fesi yang terlibat (including me..huhu). Program yang bermatlamatkan mengikut prinsip S.P.I.E.S ini ataupun SOCIAL, PYHSICAL, INTELLECTUAL, EMOTIONAL & SPIRITUAL ini melibatkan ahli2 Eco's Student Club atau anak2 staf Ecobuilders Sdn. Bhd. Program ini sangat menarik dan harus diteruskan untuk masa2 yang akan datang dengan pengisisan yang lebih mantap, insya Allah..

Antara pengisian yang menarik pada program kali ini termasuklah Photo Workshop, Kitchen Workshop, Mini-Telematch, Mari Mengaji, Movie-Time!! n Swimming.. Para peserta begitu excited sekali dengan setiap slot aktiviti yang dijalankan. Alhamdulillah kakak2 fesi begitu sporting melayani setiap ragam dan karenah adik2 yang cute2 dan baik hati...Ini merupakan salah satu latihan menjaga anak2 yang ramai pada suatu hari nanti..hihi..

Tidak lupa diselitkan lagu tema untuk program kali ini. Terdapat dua lagu yang harus dinyanyikan oleh semua peserta sebagai pembakar semangat. (1) Standing In The Eyes (2) Teman Sejati...Nampaknya adik2 begitu bersungguh2 dalam menyanyikan kedua2 buah lagu.

Program kali ini memang tak dapat dilupakan kemanisannya. Segala pengalaman2 lalu digunakan semula untuk mentarbiyyah generasi2 baru supaya menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Insya-Allah..

aishah-faris-ain-hannan-fatimah-nana-izzudin-auni-aida-syahirah-afnan-ieka


Pesserta Sleep Over Fun 2008...kalian harus manfaatkan ilmu2 baru yang telah dipelajari agar kelak menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara. DO OUR BEST! DO OUR VERY BEST!!

No comments: