Nov 14, 2011

Kerinduan akan kehangatan ukhuwah

Bismillah.


Hangat.

Dari tajuk yang ditulis telah pun menyatakan hasrat di hati. Hasrat bertemu berukhuwah lagi....
Bertemu bersatu memikul beban dakwahMU...begitulah dalam Doa Rabithah yang dibaca setiap hari InsyaAllah. Terkadang hampir lupa menanyakan khabar saudara mara, sahabat handai, rakan taulan sama ada yang jauh mahupun dekat. Astaghfirullah, moga Allah ampunkan segala khilaf.

Eidul Adha.

Sempena raya Eidul Adha yang baru sahaja berlalu, diri ini terasa lebih memahami apa itu erti pengorbanan yang diajarkan oleh Allah kepada Nabi Allah Ibrahim dan Ismail alaihuma salam. Pengorbanan bukan setakat wang ringgit, ia juga menuntut masa, jiwa dan tenaga kita untuk melaksanakan tadhiyyah (pengorbanan) itu. Moga Allah pandu setiap langkah ini.



wallahua'lam~


47:7MS

Oct 2, 2011

The Big Day



Bismillah.

Alhamdulillah finally..
Dalam nak melangkah ke maratib amal ke-2 ini banyak sangat persediaan perlu dibuat. Persediaan rohani yg menjadi asas utama. Alhamdulillah tarbiyyah Allah sentiasa mengajar diri ini menjadi hambaNYA yg lebih bersyukur setiap saat dan ketika. Anugerah Allah yang paling besar..iman ku islam ku. Allahu akhbar!
Wahai Allah, mohon Engkau pandu hati ini agar sentiasa thabat di atas jalan mengajak diri dan manusia lain ke arah kebaikan sehingga mendapat ganjaran tertinggi..JANNAH-Mu InsyaAllah.

Buat usrati ahibbak..Ummi (HMT) wa Abi (SO) wa ikhwani(ARS+SS+MAS+IS) wa akhawati(AS+FS), Jazakumullahu kahyran katheera wa lakum wa lana insyaAllahul jannah! Support dari antum adalah yang terbaik dan tiada tandingannya..

Tidak dilupakan ikhwah dan akhawat Petaling yang mengenali diri ini, mohon maaf segala kesilapan diri sepanjang kita dalam satu tanzim semasa di UiTMSA..Ana masih belajar membaiki diri, dan dengan tunjuk ajar antum juga Alhamdulillah ana sampai ke tahap ini. Moga Allah kuatkan ikatan hati kita semua agar terus bersatu memikul beban dakwahNYA hingga bertemu fil Jannah! InsyaAllah.

Sahabat-sahabat sepanjang zaman persekolahan :
Sekolah Islam Al-Amin Bangi
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah
Terima kasih atas doa dan ingatan kalian. Moga kalian berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat InsyaAllah!
Muallimin wal muallimat, Guru-guru di kedua2 buah institusi... Jazakumullahukhayran katheera, Jutaan Terima Kasih tak terhingga..Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian mendidik diri ini. Special dedication to : Cekgu Zalina bt Darus (Cikgu+Ibu+Rakan yang sgt sporting!) Barakallahufik cekgu :)

Memori yang indah di kedua2 institusi pengajian tinggi:
Universiti Teknologi MARA Kelantan (Machang a.k.a Machangster)
Universiti Teknologi MARA Malaysia (Shah Alam a.k.a Kampus Induk)
Di sinilah sekolah kehidupan mula-mula ku kenali...Pusat Islam, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), Persatuan Dalaman..banyak mendidik diri ini..Alhamdulillah thummal hamdulillah..
Moga anak-anak ku nanti bisa pergi jauh lebih hebat!! InsyaAllah. Amin Ya Rabb.

Last but not least,
Mohon pada pembaca sekalian mendoakan yang terbaik untuk diri ku dan bakal teman hidup ku hingga ke Jannah (InsyaAllah) agar diberi kekuatan yang luar biasa dlm membina kehidupan berumahtangga..Rumahtangga yang sakeenah mawaddah wa rohmah :) InsyaAllah!


Langkah baru bermula~
Moga sentiasa beroleh taufeeq dan inayah dari Allah!!

Wallahua'lam.


47:7MS

May 3, 2011

Kem Ketika Cinta Berusrah (KCB) 11 -15 Mei 2011 ini!







Mohon doa semua agar program berjalan dengan lancar dan mendapat redha Allah.
Amin Ya Rabb.

MS
47:7

Jan 31, 2011

Kasihmu Amanahku

Bismillah..

Ditujukan khas buat pasangan yang telah/bakal melayari bahtera rumahtangga. Hayatilah pesanan yang ingin disampaikan disebalik nasyid ini. Wallahua'lam..

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya



47:7
MS

Jan 1, 2011

Moga terus tsabat.

Bismillah

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami dan berlebih2an dlm urusan kami dan kukuhkanlah kedudukan kami dan selamatkanlah kami dari golongan orang kafir.

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, kukuhkanlah hati kami dlm agamaMU dan ketaatan padaMU.





Moga tsabat.
Moga tabah hati tak berbelah bagi.

Wassalam.


Allahu yubarik alaih.MS

Dec 24, 2010

Anda telah memilih...

Anda telah memilih untuk mengeluarkan diri dari lingkungan ini.

Tersangatlah rugi.

Ataukah anda tidak faham apa maksud saya.

Ayuhlah, buka mata lapangkan hati..

Rebut peluang ini, peluang ini datang sekali sahaja.

Lepas ini anda jangan menyesal..


Guest what?


Wallahua'lam~












Allahu yubarik alaih.MS

Dec 13, 2010

Untuk yang bakal dan sudah mendirikan rumahtangga

Moga borelah mawaddah sakeenah wa rahmah.
Wallahua'lam~


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Allah swt berfirman :

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (QS Ar Rum: 21) PERKAHWINAN BUKTI KEAGUNGAN ALLAH Ayat ini sebenarnya sebahagian dari cerita tentang tanda-tanda keagungan Allah swt dan kekuasaanNya di mana semua yang ada di langit dan di bumi dan segala yang berlaku adalah datang dariNya.

Ini juga termasuk diciptakannya manusia berpasang-pasangan yang dengannya berlaku kelangsungan hidup seperti yang disebutkan pada ayat di atas.
Oleh kerana itu, hakikat perkahwinan dan rumahtangga bagi Allah swt adalah ikatan yang sangat agung kerana dengannyalah akan terserlah keagunganNya.

Sebaliknya, ketika manusia hidup di alam perzinaan, yang ternampak hanyalah sifat kebinatangan.
Bila sifat kebinatangan yang menonjol dalam hidup manusia, kerosakan pasti akan bermaharajalela. Paling tidak yang pertama sekali akan hancur adalah sifat kemanusiaan.
Manusia tidak lagi peduli dengan rumahtangga. Bila rumah tangga hancur, garis nasab akan hilang. Lama kelamaan manusia tidak tahu lagi siapa sebenarnya yang ia gauli. Tidak mustahil suatu ketika (bahkan ini sudah banyak berlaku), akan lahir seorang anak dari hubungan ayah dengan anaknya, atau hubungan ibu dengan anaknya, atau hubungan antara saudara seayah dan sebagainya.

Oleh kerana itu dalam ayat di atas, Allah swt menjadikan hakikat berpasang-pasangan sebagai bukti keagunganNya supaya manusia tidak begitu mudah merendahkan dirinya dengan menganggap bahwa ia boleh membuat hubungan dengan sesiapa sahaja.
Tidak! janganlah sekali-kali perbuatan ini dilakukan kerana dengan melakukan perzinaan, seseorang tidak sahaja menghancurkan kemanusiaannya sendiri melainkan lebih dari itu ia telah merendahkan Allah swt dengan meremehkan tanda-tanda keagunganNya.

Adalah jelas bahwa dari ayat di atas setidak-tidaknya ada tiga tonggak yang boleh kita lahirkan untuk mencapai kebahagiaan dalam rumah tangga:
1. Bangunkan Jiwa Sakinah 2. Hidupkan Semangat Mawaddah 3. Pertahankan Ruh Rahmah Ketiga-tiga langkah di atas adalah bekalan utama setiap rumahtangga. Jika salah satunya hilang, rumahtangganya akan rapuh dan mudah retak. Oleh kerana itu hendaklah ketiga-tiga langkah tersebut benar-benar dihidupkan secara maksimum atau paling tidak mendekatinya semampu mungkin.

1. BANGUNKAN JIWA SAKINAH Allah swt berfirman : "litaskunuu ilaihaa", ertinya agar kau berteduh wahai para suami kepada isterimu.

Perkataan "litaskunuu" diambil dari kata "sakana yaskunu" ertinya berdiam atau berteduh. Dari perkataan "sakana" ini di ambil istilah "sakinah" yang kemudiannya diertikan sebagai tenang, bahkan pengertian dalam ayat ini lebih dalam lagi dari sekadar tenang.

Syaikh Ibn Asyur dalam tafsirnya "At Tahrir wat Tanwiir" memberi pengertian perkataan "litaskunuu" dengan dengan tiga makna :

(a) "lita'lafuu" ertinya agar kamu saling mengikat hati, seperti ungkapan "ta'liiful quluub".
Dalam surah Al Anfal, ayat: 63 Allah swt berfirman:
"Dialah Allah yang telah mempersatukan hati di antara mereka".
Dengan makna ini maka suami isteri hendaklah benar-benar membangunkan ikatan hati yang kuat dan sekuat-kuat pengikat hati adalah iman. Maka semakin kuat iman seseorang, semakin kuat pula ikatan hatinya dalam rumah tangganya. Sebaliknya semakin lemah iman seseorang, boleh dipastikan bahwa rumah tangga tersebut akan rapuh dan mudah retak.

(b) "Tamiiluu ilaihaa" ertinya kau condong kepadanya.
Condong ertinya fikiran, perasaan dan tanggung jawab tercurah kepadanya.
Dengan makna ini maka hubungan suami isteri bukan sekadar biasa-biasa untuk bersenang-senang sejenak melainkan benar-benar dibangunkan di atas tekad yang kuat untuk membangun masa depan rumah tangga yang bermanfaat. Oleh kerananya, mesti ada kecondongan dari masing-masing suami dan isteri. Tanpa kecondongan, pasti akan berlaku suasana keterpaksaan.

Oleh itu, ibubapa jangan memaksakan kehendak mereka jika memang ternyata dalam diri anak mereka tidak ada kecondongan. Seringkali kita menemui anak muda yang mengeluh kerana dipaksa ibu bapa mereka untuk berkahwin dengan seseorang sementara dalam diri anak muda tersebut tidak ada kecondongan sama sekali. Tapi ibubapa mereka mengancam dan bahkan menganggap ia bukan anak mereka jika tidak mengikuti keinginan mereka.

Ini tentunya bukan sikap yang sepatutnya diambil. Ibubapa harus tahu bahwa "sakinah" dalam rumah tangga tidak akan tercapai tanpa adanya kecondongan. Begitu juga ibubapa harus tahu bahwa yang akan hidup bersama isterinya adalah si anak. Maka adalah tidak wajar menggunakan kad merah ibubapa untuk memaksakan kecondongan mereka supaya anak-anak mengikuti kehendak mereka.

Seringkali rumah tangga hancur kerana ibubapa tidak memperhatikan kecondongan si anak. Oleh kerana itu, untuk membangun sakinah, mesti ada dalam diri masing-masing suami dan isteri kecondongan.

(c) "Tathma'innuu biha" ertinya kau merasa tenang dengannya.
Dalam surah Ar Ra'd, ayat 28 Allah swt berfirman:
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram".
Dari sini nampak bahwa untuk mencapai ketenangan dalam rumah tangga hanya dengan banyak berzikir kepada Allah.

Para ulama’ menyebutkan bahwa zikir ada tiga dimensi :

1. Zikir dengan lidah.

2. Zikir dengan hati, maksudnya hatinya sentiasa sedar dan ingat kepada Allah.

3. Zikir dengan perbuatan, maksudnya seluruh perbuatannya sentiasa dalam ketaatan kepada Allah swt.

Maka adalah sesuatu yang mustahil untuk mencapai sakinah dalam rumah tangga yang penuh dengan kemaksiatan kepada Allah swt.

Termasuk dalam kemaksiatan adalah ketika masing-masing suami dan isteri suka berbohong. Banyak rumahtangga yang retak kerana ketidakjujuran di kalangan suami dan isteri masing-masing.

Jika seorang suami suka berbohong pasti si isteri akan gelisah. Seterusnya ketenangan akan hilang dalam rumahtangga. Sebaliknya jika isteri suka berbohong, si suami pasti tidak akan merasa tenang bersamanya. Bila suami tidak tenang, boleh jadi kelak rumahtangga akan terancam. Dari sini perceraian demi perceraian akan berlaku. Sebab utamanya adalah kerana tiada kejujuran dan kebiasaan dalam melakukan dosa-dosa.

2. HIDUPKAN SEMANGAT MAWADDAH

"Mawaddah" ertinya cinta. Secara jelasnya bahwa "mawaddah" adalah perasaan cinta dan senang dengannya sehingga rumahtangga menjadi berghairah dan penuh semangat.

Tanpa "mawaddah", rumahtangga akan kering. "Mawaddah" biasanya sangat berbentuk "keindividuan". Ia tidak bergantung kepada kecantikan isteri atau ketampanan suami.

Boleh jadi di mata orang ramai, wanita itu tidak cantik, tetapi si suami sangat mencintainya. Begitu juga, boleh jadi wanita itu disepakati sebagai wanita yang cantik, tetapi si suami ternyata sangat membencinya.

Sebahagian ulama’ tafsir mengatakan bahwa cinta biasanya sering menggebu di masa muda atau di awal-awal perkahwinan. Lama kelamaan setelah melalui kehidupan rutin rumahtangga, getaran cinta menjadi semakin melemah.
Oleh sebab itu Allah swt bekalkan rahmah sebagai pengimbangnya supaya ketika kekuatan cinta mulai redup, masih ada semangat rahmah yang akan menyelamatkan rumah tangga tersebut. Lain pula halnya dengan orang-orang yang membangun rumahtangga hanya dengan modal cinta di mana rumahtangga mereka tidak kukuh dan mudah roboh.

Ibarat sebuah mesin, "mawaddah" adalah dinamo penggerak yang menghairahkan. Dengan "mawaddah", rumahtangga menjadi
Dinamik.
Produktif.
Sebaliknya jika jiwa "mawaddah" hilang, rumahtangga akan hilang keceriaan serta menjadi "monotonous" tanpa wujud unsur dinamik sama sekali.

Secara minimanya mawaddah mempunyai tiga ciri utama :

(a) Sentiasa saling memberi hadiah, ini sepertimana sabda Nabi saw iaitu dengan saling memberi hadiah cinta akan sentiasa hangat.

(b) Sentiasa saling mengingatkan kebaikannya. Ini kerana dengan mengingatkan kebaikannya seseorang akan sentiasa merasa terhutang budi. Hindarkan diri dari melihat keburukan dan kekurangannya kerana itu akan menumbuhkan kebencian dan perselisihan tiada henti.

(c) Sentiasa saling berkomunikasi kerana hasil dari komunikasilah prasangka akan hilang. Kita lihat banyak perkara yang sebenarnya dimaksudkan untuk kebaikan, tetapi kerana lemahnya komunikasi, seringkali kesalahfahaman berlaku.

3. PERTAHANKAN RUH RAHMAH

"Rahmah" ertinya kasih sayang, diambil dari perkataan "rahima yarhamu". Dari perkataan ini pula diambil kata "Ar Rahmaan" salah satu nama Allah swt iaitu Allah Maha Penyayang.

Para ahli tafsir mengatakan bahwa RahmanNya Allah meliputi seluruh makhlukNya samada manusia, binatang, dan makhluk-makhluk lainnya termasuk juga orang-orang yang tidak beriman. Oleh sebab itu, mereka masih boleh hidup dan boleh menikmati kemudahan kehidupan dari Allah, padahal mereka setiap hari tidak mentaatiNya.

Perkataan "rahmah" lebih bermakna kesungguhan untuk berbuat baik kepada orang lain, apa lagi kepada keluarga.

Memang setiap orang mempunyai kekurangan dan tidak ada seorang pun yang mencapai kesempurnaan. Maka, jika setiap manusia mempunyai persepsi bahwa ia mengimpikan adanya pasangan yang sempurna, pasti pada akhirnya ia tidak akan sekali-kali memiliki pasangan tersebut.
Pepatah Arab ada menyebutkan :
"Orang yang mencari kawan tanpa cacat, pasti pada akhirnya ia tidak akan mempunyai kawan". Perkataan "rahmah" lebih mencerminkan sikap saling memahami kekurangan masing-masing lalu berusaha untuk saling melengkapi. Sikap "rahmah" menekankan adanya sikap saling tolong menolong dalam ‘bersinergi’ sehingga kekurangan berubah menjadi kesempurnaan.

Sikap rahmah seringkali berperanan ketika semangat cinta mulai menurun. Biasanya ini berlaku setelah usia suami isteri sama-sama mencapai tahap tua. Cucu sudah mulai ramai. Badan pula sudah merasa sakit-sakit. Pada ketika itu, ketahanan rumahtangga sangat bergantung kepada kekuatan "rahmah" (kasih sayang) antara suami dan isteri.

Oleh kerana itu, "mawaddah" dan "rahmah" ibarat dua sayap bagi burung.
Bila kedua sayap itu berfungsi dengan baik, maka rumahtangga akan berlangsung penuh kebahagiaan. Ibarat burung terbang di angkasa, ia menikmati keindahan alam semesta dan penuh dengan kelapangan dada tanpa sedikit pun ada bebanan di hatinya. Terbang ke mana sahaja ia mahu, tidak ada halangan dan kesulitan.

KESEDARAN AKHIRAT

Pada penutup ayat di atas, Allah swt berfirman maksudnya bahwa itu semua merupakan bukti bagi orang-orang yang berfikir iaitu orang-orang yang menggunakan akalnya untuk memahami ajaran Allah swt.

Dalam Al Qur'an banyak sekali penegasan bahwa kelak di hari Kiamat ramai manusia yang menyesal kerana selama hidup di dunia tidak menggunakan akalnya.

Allah swt berfirman,

"Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala." (QS Al Mulk : 10) Dari sini nampaklah bahwa yang membezakan antara manusia dan makhluk lainnya adalah Allah bekalkan akal kepada manusia.

Di antara ciri-ciri orang-orang yang berakal bahwa ia sentiasa menegakkan kedamaian dalam hidupnya terutama dalam rumahtangganya.

Maka ketika ia tidak dapat membangunkan kedamaian dalam rumahtangganya, boleh dipastikan bahwa ia akan gagal dalam lapangan kehidupan yang lain.

Bila seseorang gagal dalam rumahtangganya secara automatiknya ia menyesal. Menyesal kerana telah menyia-nyiakan kesempatan untuk berbuat baik selama hidup di dunia. Penyesalan itu kelak akan terjadi setelah ia tahu bahwa ternyata Allah tidak menyia-nyiakan sekecil apapun yang dilakukan oleh manusia.

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula." (QS Al Zalzalah : 7-8) Kesedaran akhirat seperti inilah yang sepatutnya sentiasa dihidupkan oleh setiap pasangan suami isteri kerana hanya dengan kesedaran ini, semua perilaku akan menjadi baik dan rumahtangga akan dapat dibina dengan kukuh manakala setiap pasangan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga kami kerana hanya dengan tiga unsur inilah, rumahtangga kami akan menjadi lebih kukuh dan mampu menghadapi badai kehidupan serta pertautkanlah hati-hati setiap pasangan dari kami sehingga mereka akan merasa tenang, cinta dan saling berkasih sayang dalam melahirkan rumah tangga yang bahagia yang bercirikan "Rumahku Syurgaku".

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Sanadi Wan Ali 
Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Shah Alam

"Ukhuwah Teras Kegemilangan

Allahu yubarik alaih.MS

MADRASATUL HAYAH - IKRAM 2010 (MHI '10)


MADRASATUL HAYAH - IKRAM 2010
(MHI '10)





~ TERBUKA KEPADA PARA PELAJAR LEPASAN SPM '10 DI SELURUH MALAYSIA ~
..JUGA TIDAK TERKECUALI PELAJAR LEPASAN STPM & STAM '10..

Tarikh
25 Dis 2010 – 22 Jan 2011
(29 hari)

Tempat
KEM ULU TAMU
&
KEM LEMBAH GENTING,
BATANG KALI, SELANGOR

Anjuran Bersama
Pemuda IKRAM Selangor
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
(JIM IPT Pusat)
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia
(KARISMA Nasional)

Yuran
RM400 sahaja untuk 29hari!
(tidak termasuk yuran Road to Nusantara)


Objektif Program
1. Melahirkan muslim yang mempunyai 10 muwasofat tarbiyah (sifat-sifat tarbiyah) terutamanya dalam aspek aqidah, ibadah dan akhlak.
2. Memberi penjelasan dan bantuan kepada para peserta untuk memahami matlamat kehidupan sebenar sebagai hamba dan khalifah ALLAH.
3. Mendedahkan para peserta dengan kemahiran ‘self development’ dan ‘life skills’.
4. Melahirkan kepimpinan pelajar IPT seterusnya kepada agama dan negara yang bertaqwa, berkemahiran tinggi, dinamik dan berketerampilan.
5. Merealisasikan perkongsian ilmu serta pengalaman sesama tokoh masyarakat, pakar motivasi, ahli profesional, asatizah dan fasilitator dengan para peserta.
6. Menjalin dan memperkukuhkan ukuwwahfillah sesama para peserta dan komiti.
7. Memberi pendedahan kepada halatuju bidang pekerjaan yang bersesuaian dengan para peserta.


Apa Menarik di MHI '10??!
1. Melebihi 20 topik pengisian kefahaman Islam!
2. Sebanyak 14 topik pengisian pembangunan kemahiran diri (skills development) & organisasi!
3. Sebanyak 12 aktiviti luar & lasak!
4. Sebanyak 3 slot untuk English Language class (seminggu sekali)!
5. Pendedahan course & carier untuk kebaikan masa depan para pelajar!
6. Pendedahan memasak kepada semua peserta setiap hari!
7. Nikmat keindahan taqwa & ukhuwwahfillah yang tidak ternilai!
8. Para peserta berpeluang untuk menyertai Road To Nusantara (optional dgn tambahan yuran)!


Jangan lepaskan peluang,
peserta adalah untuk 100 orang sahaja!!


Berminat? Sila hubungi untuk sebarang pertanyaan:
KHAIRUL - 013 3554342

IBRAHIM - 013 2371495

SHAHRUL AMAN - 019 2406350

WAN FAUZIAH - 019 3374400

Atau emailkan borang yang dilampirkan berikut ke:
madrasatulhayahikram@gmail.com

Atau klik link berikut untuk pendaftaran online:
Klik Di Sini

SEBELUM 18 Disember!




Allahu yubarik alaih.MS

Dec 12, 2010

Banyak berdalih pun tak guna

Bismillah

Saya cakap pada diri sendiri bukan orang lain

Banyak berdalih pun tak guna!


Manusia selalu beri alasan, tak pernah rasa syukur ngan apa yang ada..

Cuba gunakan perkataan seperti

Alhamdulillah
Astaghfirullah
Subhanallah...


All of these are words of dzikr..
bila guna pktn2 ni otomatik dapat pahala


Jadi, tunggu apa lagi

sebutlah nama Allah dengan sebanyak2nya
Pujilah hanya padaNya bukan yang lain

Kepada Allah segala urusan dikembalikan.


Astaghfirullah..Ampunilah dosa hamba

Moga bermanfaat.

wallahua'lam~


Allahu yubarik alaih.MS

Nov 28, 2010

Terimalah Aku Rabbi..





Terkedu aku pada sapaan memori lalu
Mula menerjah di ruang fikiranku
Bayangan dosa silam mengusik hati
Tanpa sempatku bendungi lagi

Sering tertanya adakah derita tiada hujungnya
Apakah airmata tiada ertinya
Mengapa harus aku terleka dan jua alpa
Bahwa dunia sementara Cuma

Sekian lama aku meniti bara-bara dunia
Mencari segenggam rahmat sinaran iman
Dalam tadahan doa jua amalan diri
Agar hidup matiku hanyalah untukMu

Terima kasih Tuhan yang Maha Pengasih
Di atas rahmat yang Kau limpahkan
Bagaimana harus aku untuk membalasnya
Tanda cintaku kepadaMu
Kau kekasih hati

Moga ku temui sinaran suci
Di sebalik onak duri tajam menikam

Biarpun luka masih berbisa
Darah mengalir pekat untuk selamanya
Akan ku capainya jua

Terimalah aku
Ku lemah tiada berdaya
Selaut kasihMu akan ku tadah
Biarpun diriku terasa hina

Engkau yang Maha Pengasih
Engkau yang Maha Penyayang
Hamba datang mohon pertolongan
Terimalah dari segala taubat



Allahu yubarik alaih.MS

Nov 26, 2010

29 nov

Bismillah walhamdulillah

InsyaAllah mohon doa kalian agar hari pertama sy berpraktikal berjalan dengan lancar.

Robbi yasser wala tu'asser.


Do my best, do my very best!!



Allahu yubarik alaih.MS

Nov 23, 2010

Kenapa obses?

Bismillah

kenapa mereka obses dengan "perkara2" tersebut?


mungkin tiada kerja lain yang dpt dibuat utk mengisi masa mereka..


Astaghfirullah..


Ampunkanlah dosa ku dan dosa mereka, jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu..



Allahu yubarik alaih.MS